Tuesday, December 25, 2012

Riba

Perbahasan dari tajuk Riba (M/s 171) (الربا جريمة إجتماعية خطيرة)


Takrifan ringkas riba’ ialah merupakan sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh dan tambahan dalam pertukaran barangan tertentu (barang ribawi)(1).

Ia merangkumi merangkumi riba daripada hutang (riba ad-Duyun)  dan riba melalui pertukaran barangan ribawi (riba al-Buyu’).

Apa pula Riba’ ad-Duyun dan riba al-Buyu’?

Riba’ ad-Duyun

Riba jenis ini adalah riba’ yang muncul dari hutang. Ia merupakan lebihan yang terhasil disebabkan tempoh. Ia terbahagi kepada dua iaitu:

  • Riba al-Qardh: Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman. Ia dikenakan oleh pemberi pinjam kepada yang meminjam.


Sebagai contoh, Ahmad ingin meminjam RM1,000 daripada Mohd. Tetapi Mohd menetapkan syarat bahawa Ahmad wajib membayar semula hutang tersebut sebanyak RM1,200. Lebihan RM200 merupakan riba ad-Duyun jenis al-Qardh.


  • Riba al-Jahiliyyah: Merupakan kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pokok, yang dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam akibat si peminjam gagal membayar pada tempoh yang telah dipersetujui. 


Sebagai contoh, Mohd bersetuju memberi pinjaman kepada Ahmad sebanyak RM500 dan dikehendaki membayar kembali satu bulan dari sekarang. Tetapi sekiranya Ahmad gagal membayar hutang Mohd sebelum atau pada 1 bulan yang telah ditetapkan, maka Ahmad dikehendaki membayar pada Mohd sebanyak RM600. Lebihan sebanyak RM100 merupakan riba’ ad_Duyun jenis al-Jahiliyyah.

Riba’ al-Buyu’

Riba’ jenis ini pula muncul daripada jual beli barangan ribawi. Ia merupakan ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 barang ribawi atau pertukaran tersebut dibuat secara tangguh.

  • Riba’ an-Nasa’: Ia merupakan jual beli atau pertukaran 2 barangan riwabi yang sama jenis dan pertukaran tersebut dibuat secara tangguh (tidak sempurna dalam 1 masa).


Sebagai contoh, Aminah membeli emas seberat 6 gram dengan harga RM1,000 secara tangguh (maknanya, ambil emas hari ini, bayarnya bulan depan). Riba an-Nasa' juga disebut sebagai riba an-Nasiah.

  • Riba al-Fadhl: Merupakan jual beli atau pertukaran antara 2 barangan ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual dengan timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti).


Sebagai contoh, Menukar 10 gram emas (jenis 916) dengan 12 gram emas (jenis kualiti 750). Pertukaran jenis ini adalah haram kerana sepatutnya kedua-duanya mesti sama timbangan (contoh: 10 gram atau 12 gram). Perbezaan kualiti tidak memberikan kesan kepada hukum.


Terdapat 2 syarat yang wajib dipenuhi agar terhindar daripada riba al-Fadhl dan riba’ an-Nasa’, iaitu:

Mesti sama berat atau kuantiti nya (walau berbeza kualiti dan harganya).

Transaksi pertukaran mesti dilakukan dalam satu masa atau satu majlis (maksudnya, pembeli dan penjual tidak boleh beredar sebelum menyerahkan barang pertukaran).

Apa Ancaman Bagi Orang Islam Yang Mengamalkan Riba’?

  • Allah dan RasulNya Mengisytiharkan Peperangan ke atas Pemakan dan Pemberi Riba.


Firman Allah swt:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.  Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 278-279) 

Ini merupakan ancaman keras dari Allah. Bahkan merupakan ayat cabaran dari Allah bagi sesiapa yang degil dan engkar dengan perintahNya. Imam Abu Hanifah pernah berkata;” Ini adalah ayat al-Quran yang paling menakutkan.”

Tinggalkan riba jika kamu benar-benar mengaku sebagai hamba Allah.

  • Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.


Firman Allah swt:

“Allah menghancurkan keberkatan kerana riba’ dan menambahkan keberkatan daripada sedekah.” (al-Baqarah: 276)

  • Seperti berzina dengan Ibu Bapa Sendiri.


Nabi saw Bersabda:

“Riba’ mempunyai 72 pintu. Riba’ yang paling ringan dosanya ialah seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.”
(Riwayat at-Tabrani, 7/158; al_Hakim, Sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim)

Mari kita buka mata dan hati, betapa beratnya ancaman Allah terhadap orang yang mengamalkan riba dalam kehidupan seharian.

  • Lebih berat Daripada 36 Kali Berzina.


Nabi saw bersabda:

"Satu dirham riba’ yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali." (Riwayat Ahmad dan Ad-Dar Qutni)

  • Salah Satu Daripada 7 Dosa Besar.


Nabi saw bersabda:

"Jauhilah 7 dosa besar; syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba’, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan(kerana takut), dan menuduh perempuan yang suci berzina(tanpa saksi adil)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Fahami apa itu riba’, jenis-jenisnya dan apa ancaman yang datang dari Allah dan Rasulnya bagi sesiapa yang mangamalkan riba’ dalam kehidupan meraka. Semak semula, dari mana sumber pendapatan kita selama ini. Semoga kehidupan kita bebas riba dan larangan-larangan yang lain.

Nota: (1) Barangan ribawi adalah berkaitan dengan hadis Nabi saw yang bermaksud: “Apabila ditukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus(pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana disukai.” (Riwayat Muslim nombor 4039, nombor hadis, 11/9)


sumber:  http://www.alfalahconsulting.com/

Monday, December 24, 2012

Perbezaan Antara Mukjizat dan Sihir

جامعة الأزهر
المادة: تفسير ايات أحكام
س 1. (ب) وضح الفرق بين معجزات الأنبياء عليهم السلام والسحر. (2012)



Mukjizat

Sihir
Kepada siapa diberikan
Mukjizat hanya diberikan kepada para nabi dan rasul Allah swt.
Boleh diperolehi oleh sesiapa sahaja yang mempelajarinya.
Cara memperoleh
Datang beserta pangkat kerasulan
Dipelajari. Selalunya syaitan akan menetapkan syarat-syarat yang aneh dan kotor bagi sesiapa yang ingin mempelajarinya, samada kotor secara batin (seperti syirik, iaitu meminta dirinya disembah) ataupun kotor secara fizikal (seperti dikehendaki menyeret mushaf Al-Quran ke dalam tandas, menulis ayat Kursi dengan darah haid, menyimpan najis yang terjatuh dan sebagainya)
Tujuan memperoleh
Bagi membuktikan bahawa si pemegang mukjizat adalah Rasul dari Allah swt.
Selalunya dipelajari bagi menganiayai orang lain, ataupun untuk berlaku riak dengan kebolehan yang dimiliki. Tidak ada istilah sihir yang dipelajari bagi tujuan yang baik, kerana amalan sihir itu sendiri merupakan syirik kepada Allah. Malahan bagi mengekalkan atau menambah kebolehan yang ada, syarat-syarat atau amalan yang diminta syaitan pasti akan bertentangan dengan syariat, seperti tidak boleh kena air atau tidak boleh mandi.
Hukum ketika orang menyaksikannya
Diberikan Allah swt kepada para rasul bagi membuktikan kebenaran para rasul, maka sememangnya mukjizat itu bertujuan untuk diperlihatkan kepada orang ramai.
Haram hukumnya melawat bomoh, meminta pertolongannya apalagi percaya dengan kebolehannya. Begitu juga dengan mereka yang mendakwa mempunyai karamah, lalu menunjuk-nunjukkannya di hadapan orang ramai, maka semestinya itu bukanlah karamah bahkan sihir.
Adakah boleh diatasi?
Sama sekali tidak boleh diatasi oleh sesiapapun di dunia, dan itu merupakan cirri utama mukjizat.
Sihir yang dipandang ‘hebat’ secara pasti boleh dan akan di atasi oleh sihir orang lain yang lebih hebat lagi. Ini kerana sihir itu dipelajari, maka sesiapa yang belajar dengan lebih tinggi dan mematuhi syarat-syarat syaitan yang lebih dahsyat, maka dia akan memperoleh sihir yang lebih tinggi.
Kekal atau tidak
Ada mukjizat yang kekal hingga ke akhir zaman, seperti mukjizat Nabi Muhammad saw yang terbesar, iaitu Al-Quran. Adapun mukjizat yang lain tidak kekal, namun tetap darjat kehebatannya tidak dapat dan tidak akan diatasi hingga ke hari Kiamat, seperti mukjizat Nabi Musa membelah lautan, Nabi Isa menghidupkan orang mati dan sebagainya.
Boleh diatasi dan dibayangi oleh sihir orang-orang yang lain.

Thursday, December 20, 2012

التصحيف والتحريف


Ilmu Tashif dan Tahrif

A.     Urgensi Serta Pengertian Tashif & Tahrif

Ini adalah cabang Ulum al-Hadis yang sangat penting untuk mengungkap kesalahan-kesalahan di dalam proses periwayatan sebuah hadis, apakah itu menyangkut sanad maupun matannya. Mekanisme kerjanya hampir seperti pekerjaan seorang editor atau proof-reader di dalam sebuah penerbitan buku.

Banyak buku yang berbahasa Indonesia memberikan keterangan yang serupa mengenai disiplin ilmu ini. Umumnya hanya disampaikan secara singkat saja jika dibandingkan dengan kajian Ulum al-Hadis yang serupa, seperti Ilmu Jarh wat Ta’dil, Ilmu Mukhtalaf al-Hadis. Salah satu definisi yang seirng muncul adalah menjelaskan Ilmu tashif dan tahrif sebagai:

علم يُعرفُ به مَا صُحِّفَ من الاحاديث وما حُرِّف منها
“Ilmu yang menerangkan hadis-hadis yang sudah diubah titiknya (mushahhaf),
dan bentuknya (muharraf)”

Mahmud at-Thahhan dalam buku Taisir Musthalah Hadits—ketika membahas bab “al-Mardud bi Sababi Tha’ni fi ar-Rawi—menyebutkan hadis Mushahhaf. Beliau menjelaskan, secara bahasa, “Musahhaf” adalah isim maf’ul dari “at-Tashif”, yakni kesalahan dalam lembaran. (al-khatha’ fi as-Shahifah); dan dari kata tersebut muncul istilah “As-Shuhafi” yakni orang yang salah dalam membaca (tulisan di suatu) lembaran, sehingga sebagian makna tulisan tersebut berubah karena kesalahan dalam membacanya tadi. Secara istilah, tashif berarti berubahnya suatu kalimat—baik lafal atau maknanya—di dalam suatu hadis menjadi sesuatu yang berbeda dari apa yang telah diriwayatkan perawi yang tsiqah.[1]

Dalam buku Ushul al-Hadits, Ajjaj Khathib mendefinisikan ilmu Tashif sebagai:

ما وقع فيه التغير فى اللفظ أو المعنى

dan satu definisi lagi yang lebih spesifik, yakni

 تغير حرف أو حروف بتغير النطق مع بقاء صورة الخط

Contoh Tashif dalam penulisan nama: yang semestinya ((عبدالله)) ditulis ((عبيد الله)), atau ((أبي زياد)) ditulis ((أبي زيد))Seperti juga lafal ((العذل)) menjadi ((العدل)). Ada perubahan huruf dalam bentuk khathth yang sama.

Imam as-Sakhawi memberikan definisi yang lebih bisa mencakup banyak perbedaan definisi mengenai tashif yang sudah diajukan oleh para ulama. Ia mengatakan bahwa yang disebut tashif itu adalah تحويل الكلمة عن الهيئة المتعارفة إلى غيرها, perubahan suatu makna kalimat kepada makna selainnya. Definisi-definisi yang lain lebih variatif dan sangat mendetail dalam mendefinisikan tashif, dan berikut ini adalah macam-macam yang penulis kutipkan langsung dari sumbernya:

1.    تغيير في حروف الكلمة مما تختلف فيه صورة الخط : مثاله :
قال الشافعي : " صحف مالك في عمر بن عثمان وإنما هو عمرو بن عثمان ، وفي جابر بن عتيك وإنما هو جبر بن عتيك ، وفي عبد العزيز بن قرير وإنما هو عبد الملك بن قريب وقال أحمد : " صحف شعبة ( مالك بن عرفطة ) إنما هو خالد بن علقمة "

2.     تغيير في نقط أو شكل الكلمة مع بقاء صورة الخط : وهذا أكثر إطلاق المحدثين .
مثاله : تصحيف ابن معين العوام بن مراجم بالراء والجيم ، إلى مزاحم بالزاي والحاء .
"تدريب الراوي" (2/648)

3.     قلب الاسم : قال الحاكم : " سمعت أبا علي الحافظ يقول : صحف فيه أبو حنيفة ، لإجماع أصحاب الزهري على روايته عنه عن الربيع بن سبرة عن أبيه ( وهو إنما قال عن سبرة بن الربيع )

4.    إبدال لفظة مكان أخرى : مثاله :
روى الحاكم حديث المُحرِم الذي وقصته دابته وفيه قول النبي – صلى الله عليه وسلم – (ولا تخمروا وجهه ، فإنه يبعث يوم القيامة ملبيا ) ثم قال : " ذكر الوجه تصحيف من الرواة لإجماع الثقات الأثبات من أصحاب عمرو بن دينار على روايته عنه ( ولا تغطوا رأسه ) وهو المحفوظ

5.     إبدال راو بآخر : مثاله : قال الحاكم : " صحف بقية بن الوليد في ذكر صفية ولم يتابع عليه ، والحديث عن جويرية " انتهى .

6.    تغيير المعنى . قال العراقي "التبصرة والتذكرة" (2/300-301) :
"ومن أمثلة تصحيف المعنى ما ذكره الخطابي عن بعض شيوخه في الحديث أنه لما روى حديث النهي عن التحليق يوم الجمعة قبل الصلاة قال : ما حلقت رأسي قبل الصلاة منذ أربعين سنة ، فهم منه تحليق الرؤوس ، وإنما المراد تحليق الناس حلقا " انتهى 

Seperti yang nanti akan dijelaskan lebih lanjut, tashif maupun tahrif ini bisa menimpa pada sanad dan matan hadis. Modelnya bervariasi. Bisa sanadnya saja yang tertimpa, bisa matannya saja, atau bisa juga dua-duanya terjadi tashif dan tahrif. Dengan demikian, maka wilayah kajian yang digeluti studi tashif dan tahrif mencakup sanad dan matan.

B.     Ilmu Tashif dan Ilmu Tahrif: Digabung Atau Satu Ilmu

Al-Hafidz Ibnu Hajar membagi ilmu ini menjadi dua bagian. Ilmu Tashif dan Ilmu Tahrif. Sedangkan Ibnu Shalah dan parapengikutnya menggabungkan kedua ilmu ini menjadi satu ilmu. Menurutnya, ilmu ini merupakan satu disiplin ilmu yang bernilai tinggi, yang dapat membangkitkan semangat para ahli hafalan (huffazh). Hal ini karena disebabkan, hafalan para ulama terkadang terjadi salah baca dan salah dengar yang diterimanya dari orang lain. Beberapa definisi seperti yang digagas oleh Al-Hafidz Ibnu Hajar lebih memilah bahwa yang dimaksud tahrif adalah kesalahan yang terkait dengan harakat atau syakl huruf. Sedangkan tashif lebih terkait dengan urusan pemberian titik. Kedua jenis ini terjadi dalam kerangka bentuk teks yang sama, tidak berubah (ma’a baqa’I shurat al-khathth).

Pengertian Tahrif

Untuk memberikan sebuah pandangan yang lebih luas, penulis jelaskan dahulu mengenai pengertian tahrif. Hadis yang terdapat tahrif di dalamnya disebut hadis Muharraf, yang secara bahasa, ia adalah isim maf’ul dari kata at-tahrif , yang artinya adalah berubahnya sebuah kalimat dari maknanya (yang awal). Istilah tahrif di dalam al-Qur’an seirngkali dilekatkan kepada umat Yahudi yang mengubah makna Taurat dengan sesuatu yang lain, maka Allah menyifati perbuatan mereka: يُحَرِّفُوْنَ الكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ di dalam surat al-Maidah ayat 13.

Secara istilah, tahirf adalah sesuatu yang menjadi berbeda (makna atau referennya) karena berubahnya syakl di dalam suatu kalimat dengan bentuk tulisannya yang tetap sama (ma’a baqa’i shurat al-khathth). Pengertian ini adalah implikasi pemisahan kajian tahrif dari kajian tashif seperti yang dilakukan oleh Ibnu Hajar. Seperti yang Ibnu Shalah pilih, jika keduanya tidak dipisahkan atau berdiri sendiri, maka kajian tahrif sudah otomatis masuk di dalam kajian tashif, yakni setiap perubahan yang terjadi dalam satu kalimat, walau tanpa harus mensyaratkan tetapnya bentuk khathth.

Model pengertian yang demikianlah yang digunakan oleh al-Askariy di dalam kitab Tashifat al-Muhadditsin, yakni:  إبدال الكلمة بأخرى، أو تغيير الرواية. Jadi, beliau memandang dua hal ini saling berkaitan. Ketika beliau mengatakan “disini terjadi tashif”, maka maknanya adalah “ada yang sudah berubah (bentuknya)” sehingga mengakibatkan tahrif, yakni perubahan makna.

Dalam pendapat yang lain, disebutkan bahwa tahrif  lebih umum cakupannya daripada tashif, karena tahrif adalah apa saja yang berubah dari bentuk awalnya; baik itu karena adanya tambahan di dalam satu kalimat, pengungaran, atau penggantian sebagian kalimat, seperti yang dinyatakan dalam pernyataan berikut.

والتحريف : هُوَ العدول بالشيء عن جهته ، وحرَّف الكلام تحريفاً عدل بِهِ عن جهته ، وَقَدْ يَكُوْن بالزيادة فِيْهِ ، أو النقص مِنْهُ ، وَقَدْ يَكُوْن بتبديل بعض كلماته ، وَقَدْ يَكُوْن بجعله عَلَى غَيْر المراد مِنْهُ ؛ فالتحريف أعم من التصحيف

C. Sebab Terjadinya Tashif: Musyafah sebagai Metode Belajar

Sebab terjadinya tashif kebanyakan dikarenakan oleh cara belajar yang hanya mengandalkan materi teks saja—lebih tepatnya, teks gundul, yang tidak bertitik dan tidak berharakat padahal yang karakter hurufnya hampir mirip seperti ba’ dengan ta’, tsa’ atau nun—tanpa bertatap muka dengan guru yang ahli di bidangnya, atau juga karena faktor lupa [?] (isti’nas).[13] Dalam sebuah artikel, dikemukakan:

والسبب في وقوع التصحيف والإكثار مِنْهُ إنما يحصل غالباً للآخذ من الصحف وبطون الكتب ، دون تلق للحديث عن أستاذ من ذوي الاختصاص

Ibnu Shalah menulis:

ينبغى للمحدث ألا يروى حديثه بقراءة لَحَّانٍ أو مُصَحِّف ... وأما التصحيف فسبيل السلامة منه الأخذ من أفواه أهل العلم والضبط فإن من حرم ذلك وكان أخذه وتعلمه من بطون الكتب كان من شأنه التحريف ولم يفلت من التبديل والتصحيف

Ajjaj Khathib di dalam buku Ushul al-Hadits, berkenaan dengan masalah tashif ini, menyinggung masalah metode belajar yang tepat untuk menghindari terhadinya tashif. Seperti diketahui, tashif terjadi pada seputar i’jam (pemberian titik) dan syakl (pemberian harakat). Salah satu penyebabnya, menurut Khathib, adalah karena menjadikan tulisan atau kitab sebagai sumber satu-satunya mendapatkan ilmu. Cara yang seperti ini “dilarang” oleh banyak ulama, karena rawan terjadi tashif, salah baca karena persoalan i’jam dan syakl tadi. Maka dari kondisi demikian, muncullah pernyataan-pernyataan seperti:

لا تأخذوا للقران من المصحفين, ولا العلم من الصحفيين

Hal yang dianjurkan, dalam kaitannya dengan periwayatan hadis, adalah berguru kepada seorang syeikh atau ahli di bidangnya secara talaqqi (tatap muka), dan musyafahah (saling mempraktikkan bacaan). Metode ini sangat menekankan pada tradisi lisan, karena mekanismenya banyak melibatkan pengucapan, pendengaran (sima’), dan hafalan.[16]

Sebuah tulisan di dalam salah satu artikel di sebuat web, menyebutkan secara lebih rinci mengenai sebab-sebab terjadinya tashif. Ada enam penyebab, yakni:

 خطأ في قراءة المكتوب، بسبب رداءة الخط، أو غرابته، أو ضعف البصر، أو العجلة في القراءة، أو غير ذلك.
خطأ في كتابة ما يراد كتابته، سواء كان من حفظ أو كتاب أو إملاء الغير، سواء كان ذلك من سبق القلم كما يقولون، أو من غيره.
خطأ في التلفظ، وأكثره من باب سبق اللسان.
خطأ في السمع، أي سمع التلميذ، بسبب بعد الشيخ أو المملي أو ضعف صوته أو ضعف أدائه، أو سرعة كلامه أو مؤثر خارجي أو غير ذلك.
 تغير اللفظة في الكتاب، بعد أن كانت مكتوبة على الصواب، بسبب من الأسباب.
 تغير اللفظة في الحفظ، بعد أن كانت محفوظة على الصواب، بسبب من الأسباب أيضاً.

Enam penyebab di atas, ada kalanya yang terjadi secara disengaja, dan daftar sebab terjadinya tashif bisa lebih banyak lagi jika mempertimbangkan aspek-aspek yang lainnya. Ini adalah salah satu bentuk inventarisasi penyebab tashif yang sifatnya masih terbuka.[17]

D.    Pembagian Tashif

Dengan menggunakan sistematisasi yang dilakukan Mahmud Thahhan, ada tiga jenis Tashif, yang di setiap jenis tersebut dikelompokkan dalam satu segi tertentu. Berikut ini pembagiannya.
1.      Dari segi tempat terjadinya Tashif, maka fenomena Tashif terbagi menjadi dua
Tashif dalam sanad. Contoh: hadis Syu’bah dari
الْعوَّام ابن مُرَاجِم
Yahya bin Ma’in melakukan tashif. Yang benar adalah الْعوَّام ابن مُزََاحِمِ. Jadi, (ز) diganti dengan (ر), dan (ح) diganti dengan (ج)
حَدِيْث شعبة ، عن العوام بن مراجم، عن أبي عثمان النهدي عن عثمان بن عفان، قَالَ: قَالَ رَسُوْل الله: ((لتؤدنَّ الحقوق إلى أهلها…الْحَدِيْث))
Tashif dalam matan. Contoh: Hadis Zaid bin Tsabit
أن النبي صلى الله عليه وسلم
...اِحْتَجَرَ فى المسجد..
Ibnu Lahi’ah melakukan tashif dengan
 ...اِحْتَجَمََ فى المسجد..

2.      Dari segi penyebab terjadinya tashif, juga terbagi menjadi dua:
Tashif Bashar. Inilah penyebab yang paling banyak. Modusnya biasanya antara lain karena bentuk tulisan (khathth) yang serupa, atau karena kondisi teks yang sudah sangat buruk, atau karena tidak ada tanda baca (adam an-nuthq). Contoh:
((مَنْ صام رمضان وأتبعه سِتًّا من شوال....))
Abu Bakr as-Shuli melakukan tashif dengan mengatakan ((سِتًّا)) menjadi ((شَيْئًا))
((مَنْ صام رمضان وأتبعه شَيْئًا من شوال....))

Tashif as-Sama’. Jenis tashif yang muncul karena buruknya pendengaran atau karena jauhnya jarak sang pendengar dari pusat informasi atau semacamnya, sehingga beberapa kalimat terdengar sama karena terbentuk dari wazan sharf yang satu. Contoh
عن "عاصم الأحوال"
عن "واصل الأحدب"
Kalimat di kiri telah mengalami tashif as-Sama’, dan modusnya adalah karena kemiripan wazan sharf di antara kedua kalimat di atas.

3.      Dari segi lafal atau makna, juga masih terbagi menjadi dua.
Tashif dalam lafadz. Inilah yang paling banyak, seperti yang telah tersebut dalam contoh-contoh di atas.
Tashif dalam makna.

E. Klasifikasi dan Contoh Kasus dalam Kitab Tashifat al-Muhadditsin

Abu Ahmad al-Askariy telah menulis sebuah karya besar berjudul Tashifat al-Muhadditsin yang fokus membahas masalah tashif dan tahrif. Beliau mencatat beberapa model kesalahan yang masing-masingnya dikelompokkan dalam bab-bab tersendiri yang sudah dinamai sesuai dengan jenis kesalahan yang terjadi. Berikut ini adalah daftar model kesalahan tersebut.[sementara ini penulis tidak mencantumkan contoh dan uraian detailnya terlebih dulu dalam format draft ini. Kekurangan ini akan dilengkapi pada saat presentasi mendatang]

·        و مما يغلط فى ضبطه
·        ومما يشكل
·        ومما فيه وجهان
·        و مما يروى على وجهين
·        ومما يشكل ويصحف
·        ومما يصحف
·        ومما يصحف و يشكل
·        ومما يشكل وله وجوه فى ستعماله
·        ومما يشكل شديدا
·        ومما صحفوه
·        ومما يشكل كثيرا
·        ومما يغلط فيه
·        و مما ينبغى ضبطه
·        ومما وجهان أحدهما أرجح
·        ومما اختلفوا فيه
·        ومما قلبواه وصحفوه
·        ومن شديد التصحيف
·        ومما يغلط فيه من أسماء المواضع
·        ومن المشكل
·        ومن التصحيف


F. Implikasi Tashif terhadap Integritas Intelektual Seorang Rawi

Apakah kejadian tashif bisa merusak integritas intelektual perawi (dhabth ar-rawi)? Tema ini jarang sekali didiskusikan. Mahmud Thahhan menyebutkan dua kemungkinan:
1.      Jika tashif tersebut frekuensinya sedikit atau bahkan jarang terjadi, maka itu tidak akan merusak integritas seorang rawi, karena tidak ada seorangpun yang bisa bebas dari melakukan kesalahan dan sedikit tashif.
2.      Sebaliknya, jika seorang rawi sering melakukan tashif, maka ini bisa menciderai ke-dhabith-annya, dan ini menjadi indikasi lemahnya integritas intelektualnya.[19]

G. Apakah Hari Ini Sudah Tidak Ada Lagi Tashif?

Sebuah diskusi yang menarik di dalam web adalah—seperti yang telah dijelaskan sebelumnya, salah satu sebab terjadinya tashif adalah karena berguru pada teks saja, yang teks tersebut gundul dari titik dan harakat. Jika demikian, bagaimana dengan perkembangan ortografi yang sudah lengkap seperti zaman saat ini, apakah tashif masih ada? Apakah masih mungkin seseorang menemukan sebuat kalimat ‘aneh’ (syadzdzah) yang tidak sesuai dengan konteks pembicaraan, lantas ia membenarkannya? Ataukah kajian ini sudah selesai, karena setiap hadis yang saat ini ada sudah tidak terdapat lagi tashif dan tahrif?

Jawabannya adalah, tashif dan tahrif masih mungkin terjadi. Hanya saja penyebabnya sedikit lebih sempit, yakni karena ketergesaan dalam menulis (bi sabab al-‘ujlah) dan karena ketidaktahuan (qullat al-ma’rifat) petugas yang menguasai masalah editing atau ilm at-tahqiq para editor—jika konteksnya adalah buku yang diterbitkan.

Kasus yang dicontohkan di dalam diskusi tersebut adalah tashif yang terjadi pada al-Hafizh Abd al-Haqq al-Isybiliy di dalam kitabnya al-Ahkam al-Wustha, ketika menyebutkan hadis:
((يمسح المتيمم هكذا ، فبدأ من مقدم رأسه إلى آخره))
Ibn al-Qaththan memberikan kritik untuk penulisan hadis ini. Dalam kalimat yang bergaris bawah di atas, bisa jadi yang dimaksudkan adalah kalimat ((اليتيم)), tapi tertulis ((المتيمم)). Kemungkinan salah tulis itu semakin menguat ketika didapati bahwa hadis tersebut dican-tumkan di dalam bab tayammum التيمم

H. Hukum Membenarkan Kasus Hadis yang mengalami Tashif dan Tahrif

Ada perbedaan pendapat di antara ulama, apabila periwayatan seorang rawi, baik dalam sanad atau matan hadis, terjadi tashif atau tahrif: apakah boleh dibetulkan (tashih at-tashif dan dhabth at-tahrif)?

Pendapat pertama: sebagian ulama berpendapat bahwa pembetulan seperti di atas tidak diperbolehkan. Jadi, dibiarkan saja sebagaimana adanya dalam tulisan (yang salah) itu. Pada pendapat ini tidak dijelaskan alasan mengapa tidak diperbolehkan melakukan pembetulan.

Pendapat kedua justru membolehkannya, merubah (dalam arti mengoreksi), membetulkan, serta meriwayatkan versi yang sudah dibetulkan. Ini adalah pendapat yang disandarkan pada Ibnu al-Mubarak dan al-Auza’iy. Pembetulan atau koreksi (hadis mushahhaf dan muharraf) di dalam kitab juga dibolehkan oleh sebagian ulama.

Sedikit menengahi di antara dua pendapat di atas, Imam Nawawi lebih memilih untuk membiarkan saja kesalahan tersebut sebagaimana aslinya teks yang salah tadi, tapi tetap memberikan koreksi dan menjelaskan versi yang benar darinya di tempat lain, yakni dalam Hasyiyah kitab.

http://gudangsemesta.blogspot.com

Sumber Hukum Islam


Syariat Islam

Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik Muslim mahupun bukan Muslim. Selain berisi hukum dan aturan, Syariat Islam juga berisi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Maka oleh sebahagian penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini.

Sumber Hukum Islam

Al-Qur'an

Al-Qur'an sebagai kitab suci umat Islam adalah sumber hukum Islam yang pertama kerana merupakan firman Allah yang disampaikan pada Nabi Muhammad SAW. Kerana tidak semuanya dinyatakan secara zahiriah, terdapat pelbagai tafsiran tentang isi-isi Al-Qur'an namun tidak ada yang saling bertentangan.

Hadis

Hadis adalah seluruh perkataan, perbuatan, dan persetujuan Nabi Muhammad yang kemudian dijadikan sumber hukum. Fungsi hadis antara lain:
  • Mempertegas hukum dalam Al-Qur'an
  • Memperjelas hukum dalam Al-Qur'an
  • Menetapkan hukum yang belum ada di Al-Qur'an


Ijma'

Ijma' (إجماع) maknanya kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan al-Quran dan Hadis dalam suatu perkara yang terjadi.

Qiyas

Qiyas (قياس) ialah proses taakulan berasaskan analogi daripada nass atau perintah yang diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara yang baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.

Ijtihad

Ijtihad adalah sebuah usaha untuk menetapkan hukum Islam berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Ijtihad dilakukan setelah Nabi Muhammad telah wafat sehingga tidak boleh langsung menanyakan pada beliau tentang suatu hukum namun hal-hal ibadah tidak boleh diijtihadkan. Beberapa macam ijtihad adalah:
Ijma', kesepakatan para ulama
Qiyas, diumpamakan dengan suatu hal yang mirip dan sudah jelas hukumnya
Maslahah Mursalah, untuk kemaslahatan umat
'Urf, kebiasaan

(sumber: http://ms.wikipedia.org)

قياس


Qiyas

Qiyas, Qias atau Kias (قياس) makna (bahasa) adalah ukuran; persamaan; perbandingan kadar; persamaan dan ukuran di antara sesuatu tempat dengan tempat lain; iktibar atau ambil pengajaran.
Qiyas makna (syarak) adalah perbandingan di antara suatu hukum dalam perkara yang baru wujud dengan perkara yang telah ada hukumnya sebelumnya di dalam Al-Quran dan Sunnah. Ia adalah proses (Ijtihad) berasaskan analogi daripada ayat Al-Quran dan Sunnah atau perintah yang telah diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi illat, sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.

Rukun Qiyas

Qiyas ialah menetapkan hukum sesuatu yang tertentu, pada masa yang lain kerana persamaan kedua-duanya dari segi Illat. Definisi Qiyas ini juga sekaligus menunjukkan adanya 4 rukun Qiyas, iaitu:
  1. Masalah utama (al-ashl)
  2. Masalah cabang (al-far‘u)
  3. Hukum masalah utama (al-hukmu)
  4. Alasan (as-sabab)


Contoh Pembinaan Hukum

Qiyas bermaksud perbandingan dan di dalam konteks pembinaan hukum, ia bermaksud mengeluarkan sesuatu hukum dengan cara membandingkan perkara yang belum pasti hukumnya dengan sesuatu hukum yang sudah pasti berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Sebagai contoh, dalil yang terdapat di dalam hadis mewajibkan seseorang mengeluarkan zakat gandum. Jika sesuatu kawasan padi pula, maka zakat padi diwajibkan kerana terdapat banyak persamaan atau illat di antara padi dengan gandum selepas perbandingan atau Qiyas dilakukan.

Hadis riwayat Ibnu Umar ra yang bermaksud: "Bahawa Rasulullah saw. mewajibkan zakat fitrah dari bulan Ramadan kepada manusia, iaitu satu sha` (gantang) kurma atau satu sha` (gantang) gandum atas setiap muslim, merdeka atau budak, lelaki maupun wanita" (Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 1635)[1]  

Contoh penggunaan Qiyas, misalnya gandum, seperti disebutkan dalam hadis sebagai yang utama (al-ashlu)-nya. 

lalu al-far’u-nya adalah padi (tidak tercantum dalam Al-Quran dan Hadis).

al-hukmu, atau hukum gandum itu wajib zakatnya.

as-sabab atau alasan hukumnya kerana padi dan gandum adalah makanan utama.

Bahagian Qiyas

Ada dua bahagian Qiyas, iaitu :
  1. Qiyas Jaliy (yang amat ketara)
  2. Qiyas Khafiy (yang tersembunyi)


Jenis-Jenis Qiyas

Qiyas ada tiga jenis, iaitu:
  1. Qiyas Aula (Utama)
  2. Qiyas Musawi (Ketara)
  3. Qiyas Adna (Rendah)
___________________________________________________________________

QIAS

Pengertian qiyas:

Dari segi bahasa:

1.        Ukuran
2.        Persamaan
3.        Persamaan dan ukuran di antara  sesuatu tempat dengan tempat lain.
4.        pengajaran
5.        tamsil
6.        menyerupai.

Dari segi istilah:

Menzahirkan persamaan sesuatu perkara yang tidak ada nas tentang hukumnya dengan sesuatu perkara yang ada nas tentang hukumnya kerana kedua-duanya mempunyai persamaan pada illah atau pada sebab hukum.

Persamaan sebab dalam sesuatu perkara furu’ yang telah berlaku dengan perkara yang baru berlaku dengan persamaan illah hukum tersebut.

Perbandingan antara suatu hukum dalam perkara yang baru lahir dengan perkara yang sudah ada hukum sebelumnya di dalam al-quran dan sunnah.

Menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-quran atau hadith atau ijmak dengan masalah yang telah dijelaskan di dalam salah satu daripada dalil tersebut berdasarkan antara keduanya ada persamaan illah hukum.

rukun-rukun  dan syarat al-qiyas.

Rukun al-qiyas:
Asal, iaitu sumber hukum asal yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan hadis atau ijmak. Asal juga ialah tempat keluar hukum dengan dalil yang qat’i: contohnya arak sabit hukumnya berdasarkan al-Quran.

Hukum asal 
iaitu hukum asal yang ditetapkan atau dijelaskan dalam al-Quran, hadis dan ijmak. Hukum asal juga ialah hukum syarak yang terbit melalui dalil yang hendak diqiyas, contohnya hukum haram arak.

Cabang atau furu’ 
iaitu masalah di mana hukumnya tidak dinyatakan dalam al-quran, hadis dan ijmak contohnya todi, dadah, dan wisky.

Illah
iaitu sifat yang berupa sebab yang menyebabkan lahir hukum asal yang sama dengan hukum furu’ atau baru contohnya sifat mabuk pada arak dan dadah atau todi dan wisky.

Syarat al-qiyas:

Hukum asal

Hukum asal itu dapat dipindahkan kepada furu’ mestilah pula dengan memenuhi syarat berikut:
  • Hukum asal itu merupakan hukum syarak berbentuk amaliah yang telah sabit atau ditetapkan oleh nas.
  • Hukum asal hendaklah hukum yang mana illahnya dapat difahami oleh akal.
  • Hukum asal itu bukan sesuatu hukum yang berlaku khusus yang telah sabit melalui nas. Antara contoh hukum yang dikatakan berlaku khusus ialah terdapat dalil yang menunjukkan sesuatu hukum itu hanya berlaku untuk asal sahaja seperti kahwin lebih empat isteri dalam satu masa adalah khusus untuk Nabi sahaja.
  • Hukum asal mempunyai illah yang mungkin terlaksana atau mungkin ada pada furu’
  • Hukum asal tidak dimansuhkan atau tidak dibatalkan.


Furu’ atau cabang

Untuk membolehkan sesuatu fufu’ dipindahkan hukum asal kepadanya dengan mempunyai syarat tertentu ;
  • Pada furu’ terdapat illah yang ada pada asal.
  • Pada furu’ tidak terdapat nas atau ijmak yang menunujukkan sesuatu hukum yang berlawanan dengan al-Qiyas.contoh : Orang musafir harus meninggalkan puasa.

و من كا ن مر يضا أو على سفر فعد ه من أ يام آ خر
Terjemahan : dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah ia berbuka kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu…
  • Hukum furu’ tidak boleh mendahului  hukum asal dari segi sabitnya. Contohnya tidak sah Qiyas wuduk terhadap tayammum dari segi wajib niat dengan illah kedua-duanya merupakan bersuci atau ibadat.
  • Hukum yang dipindahkan kepada furu’ hendaklah sama dengan hukum asal atau pun sama furu’ dengan usul.


Illah atau sebab

Illah hendaklah dengan memenuhi syarat berikut ;
  • Illah hendaklah merupakan suatu keadaan atau sifat zahir iaitu dapat difahami oleh pancaindera kerana ia merupakan tanda hukum
  • Illah hendaklah merupakan suatu sifat atau keadaan yang pasti dan tetap dalam semua keadaan dan orang
  • Illah itu hendaklah suatu sifat dan keadaan yang sesuai dan munasabah dengan  hukum
  • Illah itu bukan merupakan suatu sifat atau keadaan yang hanya wujud pada asal sahaja, bahkan ia harus terdapat pada selain asal.


bahagian al-qiyas dari segi pada hukum furu’ dan asal.

Al-Qiyas al-khafiy

Al-qiyas yang tidak di yakini tentang perbezaan diantara illa pada hukum furu’ dan asal serta tidak pasti sama ada ia memberi kesan pada hukum atau sebaliknya. dikenali dengan istihsan. Contohnya wanita berhaid diharuskan membaca Al-Quran bertdasarkan al-qiyas al-khafiy atau istihsan dan diharamkan berdasarkan al-qiyas al-jaliy. Wanita berhaid diharuskan membaca Al-Quran berdasarkan al-qiyas al-khafiy kerana ia berbeza dengan orang yang berjunub di segi waktunya. Waktu berjunub tidak lama, sedangkan haidh lama, sekiranya sepanjang masa haidh mereka tidak dapat membaca Al-Quran,bererti mereka tidak mendapat pahala dalam ibadat membaca Al-Quran ketika berhaidh, sedangkan lelaki dapat membacanya serpanjang masa.

Al Qiyas al-jaliy

Al-Qiyas al-jaliy ialah al-qiyas yang jelas dan diyakini perbezaan di antara illah pada hukum cabang atau furu’ dan asal serta pasti ia memberikan kesan pada hukum atau sebaliknya.Contohnya: wanita berhaidh haram membaca Al-Quran berdasarkan al-qiyas al-jaliy. Iaitu,diqiyaskan kepada orang yang berjunub di segi illah sama-sama ttidak suci. Dimana orang yang berjunub dan berhaidh sama-sama diharamkan membaca Al-Qur’an.

pembahagian al-qiyas dari sudut furu’

Qiyas al-Awla
Illah pada hukum furu’adalah lebih kuat daripada illah hukum asal.antara lain,Qiyas al-Awla bermaksud furu’ di dalam al-Qiyas lebih utama atau kuat dari segi hukum daripada asal contohnya mengqiyaskan haram memukul ibu bapa diqiyaskan dengan haram mengatakan “ah” kepada keduanya dengan illah menyakiti.

Qiyas al-Musawi
Al-Qiyas  yang sama hukumnya di antara asal dengan furu’ berdasarkan illah yang sama.antara lain juga Qiyas al-Musawi ialah,furu’didalam al-Qiyas adalah sama dengan asal dari segi hukum.contohnya:mengqiyaskan haram bakar atau memusnahkan harta anak yatim kepada haram memakannya.

Qiyas al-Dilalah
al-Qiyas yang menghimpun di antara hukum asal dengan furu’  berdasarkan sifat yang tetap bagi illah.contohnya perahan anggur adalah haram hukumnya,diqiyaskan dengan arak.Dimana illah kedua-duanya ialah terdapat bau yang kuat yang di kira sebati dengan bahan yang memabukkan.

Qiyas al-syibh
al-Qiyas yang hukum furu’nya boleh diqiyaskan kepada dua yang asal yang mana ia dihubungkan dengan asal yang lebih banyak persamaan dengannya.Contohnya:pembunuhan tidak sengaja terhadap hamba yang dimiliki  oleh orang lain.

Qiyas al-Adwan
dikenali dengan Qiyas  al-Adna.Iaitu al-Qiyas yang berdasarkan illah yang nilai illah lebih rendah daripada illah yang terdapat pada hukum asal.contohnya:haram menjual buah epal dengan epal dibandingkan gandum dengan gandum,dimana illah buah epal lebih rendah daripada gandum yang menjadi makanan asasi

Huraikan pendapat ulamak  tentang kehujahan al- qiyas.

Kehujahan al-Qiyas

Jumhur ulamak sepakat mengatakan al-Qiyas boleh dijadikan hujah dan sebagai sumber hukum syarak. Manakala golongan Nizamiah, Zahiriah dan segolongan puak Syiah berpendapat al-Qiyas tidak boleh dijadikan hujah. Hujah mereka seperti berikut:

Hujah golongan menolak

Antara alasan dan hujah golongan yang menolak al-Qiyas :
  • Al-Quran menegah dan melarang kita daripada mengikuti zann.
  • Golongan yang menolak al-Qiyas mengatakan al-Qiyas adalah perkara zann. Hal tersebut disebabkan ia berasaskan kepada zann, di mana illah atau sebab kerananya disyariatkan hukum di dalam nas yang dijelaskan. Justeru itu al-Qiyas ditegah supaya diikuti  dan ia tidak dapat mensabitkan hukum.
  • Al-Qiyas dan penggunaannya boleh membuka ruang ke arah perselisihan dan pertelingkahan di antara umat kerana berasaskan kepada zanni.


Hujah jumhur ulamak

Hujah jumhur yang berpendapat al-Qiyas boleh dijadikan hujah ialah berdasarkan dalil al-Quran, Hadis, Ijmak dan akal iaitu :

  • Dalil al-Quran


فإن تنزعتم في شيءفردوه إلى الله والر سول

            Terjemahan : maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari pristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik matahatinya

  • Dalil hadis

Hadis berkaitan dengan perutusan Mu’az ke Yaman.

Telah terbukti melalui hadis sahih bahawa Nabi sendiri menggunakan ijtihad Baginda dan al-Qiyas untuk mengeluarkan hukum yang tidak ada mahyu tentangnya. Justeru itu berijtihad dan menggunakan al-Qiyas salah satu daripada sunnah nabi

  • Dalil ijmak

Di mana para sahabat sepakat berhujah dengan al-Qiyas dan mereka beramal dengannya. Antara lain juga perkara tersebut berlaku dalam banyak masalah dan tidak ada seorang pun daripada kalangan sahabat yang mengingkarinya. Antara contohnya ialah :
Para sahabat sepakat melantik Abu Bakar sebagai khalifah berdasarkan al-Qiyas terhadap perlantikan beliau sebagai imam sembahyang sewaktu hayat nabi. Di mana setengah sahabat mengatakan : Rasulullah s.a.w meredhai Abu Bakar dalam perkara agama, mengapakah kita tidak boleh meredhainya sebagai ketua kita dalam perkara dunia.
Para sahabat pernah menghukum bunuh beberapa orang yang sama-sama terlibat menyebabkan terbunuhnya seseorang. Hal tersebut diqiyaskan hukuman potong tangan terhadap beberapa orang pencuri yang sama-sama terlibat dalam mencuri sesuatu barangan.

  • Dalil akal

Islam agama sempurna hingga hari kiamat. Hukumnya juga melibatkan masalah yang telah berlaku dan akan berlaku. Namun penurunan wahyu telah tamat, tetapi masalah tidak berkesudahan dan terus lahir. Justeru itulah perlunya al-Qiyas untuk mengeluarkan hukum baru dengan berdasarkan persamaan illah atau sebab lahirnya hukum yang dijelaskan di dalam nas.

Hujah jumhur ulamak terhadap golongan yang menolak al-qiyas:

  • Jumhur ulamak mematahkan hujah golongan yang menolak hujah al-qiyas dengan membawa dalil al-quran yang mana nas al-quran menegah kita mengikuti perkara zann.
  • Antara lain, Jumhur Ulamak menolak hujah golongan yang menolak hujah al-qiyas dengan membawa alasan penggunaan al-qiyas boleh membuka ruang perselisihan dan persengketaan.
  • Kesimpulannya Pendapat jumhur ulamak adalah lebih tepat kerana al-qiyas hanya menjadi hujah dalam hukum-hukum agama yang bersifat amaliah. Ia merupakan sumber hukum yang keempat dalam sistem perundangan Islam kerana ia berdasarkan nas walaupun tidak secara langsung. Walaupun jumhur ulamak menerima kehujahan al-qiyas namun sesiapa yang menolaknya tidak dikira kufur.


Persoalan semasa berkaitan Qiyas.

Antara persoalan semasa berkaitan dengan al-Qiyas yang akan dibincangkan di sini ialah dadah, ganja, pil khayal, menghidu gam, todi, tuak, dan benda-benda lain yang memabukkan baik dengan cara suntikan, hisap atau sedut, telan, hidu dan minum.

Pengharamannya atas dasar atau illah dan sebabnya ialah memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal. Untuk itu ditinjau dalam konteks semasa kini terdapat berbagai jenama benda yang memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal atau mengkhayalkan sebagaimana yang dijelaskan di atas.

Hukuman yang dikenakan ialah takzir bukan hudud (hudud khusus untuk peminum arak).

http://ustazarma.blogspot.com