Tuesday, December 11, 2012

الخوارج


Dibawah tajuk (المرحلة الثانية : التشريع فى عصر الأمويين) 

Khawarij
(sumber: http://ms.wikipedia.org)

Khawarij (bahasa Arab Khawārij خوارج), secara harfiah bermaksud "mereka yang keluar". Khawarij adalah kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong Saidina Ali ibn Abi Talib tetapi kemudian menolak kepimpinan Ali. Golongan ini mula terbentuk pada akhir abad ketujuh Masehi di selatan Iraq. Mereka berbeza daripada golongan Sunni dan Syiah.
Kumpulan Khawarij yang terselamat sehingga hari ini adalah seperti Ibādi di Oman, dan kelompok kecil di Zanzibar, Algeria, Tunisia dan Libya. Mereka bagaimana pun merujuk diri mereka sebagai ahl al-'adl wal istiqama (golongan ahli keadilan dan kejujuran).
Ulama dan kerajaan negara Islam sekarang melabelkan kumpulan pengganas yang membunuh orang yang tidak berdosa sebagai golongan "Khawarij baru" kerana golongan pengganas seperti ini menghalalkan darah orang kafir dan orang Islam yang mereka hukum kafir melalui takfir.

Sejarah perkembangan

Setelah kewafatan Saidina Uthman bin Affan yang dibunuh oleh orang Khawarij, kaum Muslimin mengangkat Ali bin abi Talib sebagai khalifah. Berita kewafatan Uthman sampai kepada Muawiyah ibn Abu Sufyan, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Uthman bin Affan. Sesuai dengan tradisi Islam, Mu'awiyyah berhak menuntut balas atas kematian Uthman. Mendengar berita ini, orang-orang Khawarij ketakutan, lalu menyusup ke pasukan Ali bin Abi Talib. Mu'awiyyah berpendapat bahawa semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Uthman harus dibunuh, sedangkan Ali berpendapat yang harus dihukum hanya mereka yang membunuh Uthman saja mengikut hukum qisas dalam Islam.
Kerana keengganan Muawiyyah mengikut hukum qisas,akhirnya terjadilah perang Siffin. Untuk berdamai, masing-masing pihak mengirim utusan untuk berunding. Melihat hal ini, orang-orang khawarij keluar dari pasukan Ali bin abi Talib dan merancang untuk membunuh Mu'awiyyah dan Ali, tapi yang berjaya mereka bunuh hanya Ali bin Abi Talib.

Ajaran utama

Secara umum, ajaran utama golongan Khawarij adalah:
  1. Kaum muslimin yang melakukan dosa besar adalah kafir (bertentangan dengan pendapat Imam Hasan al-Basri dan golongan Muktazilah).
  2. Kaum muslimin yang terlibat dalam perang Jamal, yakni perang antara Aisyah, Thalhah, dan Zubair melawan Ali ibn Abi Thalib dan orang perantara (termasuk yang menerima dan membenarkannya) adalah kafir.
  3. Khalifah harus dipilih rakyat serta tidak harus dari keturunan Nabi Muhammad SAW dan tidak mesti keturunan Quraisy. Jadi, seorang muslim dari golongan manapun boleh menjadi khalifah jika mampu memimpin dengan baik.

Amalan mengkafirkan orang Islam lain ini dipanggil takfir. Mengikut tafsiran konvensional, hukum bagi mereka yang menjadi kafir (murtad) adalah bunuh. Melalui tafsiran inilah golongan Khawarij menghalalkan darah Ali dan Muawiyah untuk dibunuh. Pada zaman moden ini, terdapat kumpulan ekstrimis Islam yang mengguna pakai hukum takfir untuk membunuh mereka yang tidak berdosa termasuk orang Islam.

Pecahan golongan Khawarij

Khawarij adalah mazhab pertama dalam sejarah Islam. Terdapat tujuh pecahan utama dalam mazhab Khawarij:
  1. al-Mahkamah al-Oolaa;
  2. al-Azaariqah (Azraqī);
  3. an-Najdaat;
  4. ath-Thu'aalabah;
  5. al-'Ajaaridah;
  6. al-Abaadhiyyah (Ibādī);
  7. as-Safriyyah

Pecahan kecil lain dalam mazhab ini adalah:
  1. al-Ibaathiyyah;
  2. ash-Shamraakhiyyah;
  3. as-Salaydiyyah;
  4. as-Sirriyyah;
  5. al-'Azriyyah;
  6. al-'Ajradiyyah;
  7. ash-Shakkiyyah;
  8. al-Fadhaliyyah;
  9. al-Bayhasiyyah;
  10. al-'Atwiyyah;
  11. al-Fadeekiyyah;
  12. al-Ja'diyyah;
  13. ash-Shaybiyyah;
  14. al-Haruriyah;
  15. al-Khamariyyah;
  16. ash-Sharaah.

Tokoh utama

Antara tokoh-tokoh utama Khawarij adalah:
  1. 'Abdullah bin Wahhab ar-Rasyidi
  2. Urwah bin Hudair
  3. Mustarid bin Sa'ad
  4. Hausarah al-Asadi
  5. Quraib bin Maruah
  6. Nafi' bin al-Azraq
  7. 'Abdullah bin Basyir

Khawarij
(sumber: http://virtualfriends.net)


Khawarij diceritakan berasal dari keturunan Dhul Khuwaishirah. Menurut bahasa, khawarij adalah bentuk jama’ dari kata kharij yang ertinya orang yang keluar. Kerana keluarnya mereka dari jama’ah dan dari imam kaum muslimin.



Menurut istilah, makna khawarij yang rajih (unggul) adalah suatu nama yang dikhususkan untuk kelompok yang keluar dari keimaman Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu saja.

Imam Al-Asy’ari berkata : “faktor yang menyebabkan mereka disebut khawarij adalah kerana mereka keluar dari kekhilafan Ali bin Abi Thalib.”

Imam ibnu Hazm menambahkan bahawa istilah khawarij itu dinisbatkan juga kepada semua kelompok atau pecahan yang dahulu keluar dari Ali bin Abi Thalib atau yang mengikuti fahaman mereka. Khawarij mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang menonjol, ghuluw (berlebih-lebihan) dan melampaui batas. Sebaik-baik orang yang meluruskan sifat-sifat ini adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah menjelaskan sifat-sifat kaum ini dalam hadits-hadits baginda serta menjelaskan bahawa sifat2 khawarij ini akan tetap ada sehingga hari kiamat. Oleh itu mengetahui sifat2 ini amat penting bagi umat Islam agar kita dapat menjauhi serta saling mengingatkan kerana barangsiapa yang tidak mengetahuinya mudah bagi kita terperangkap dengan sifat2 ini tanpa sedar.

Munculnya Khawarij

Firqah ini muncul ketika mereka keluar dari peristiwa tahkim antara Ali dan Muawiyyah Radhiallahu ‘anhuma.

Sebab-sebab keluarnya Khawarij

Perbezaan pendapat tentang masalah khilafah. Ini adalah kemungkinan penyebab yang paling kuat, disebabkan seseorang tidak berhak menjadi khalifah sebelum memenuhi kriteria yang mereka tentukan.
  1. Permasalahan tahkim.
  2. Para penguasa yang zalim.
  3. Asobiyyah qabilah (fanatik terhadap kelompoknya)
  4. Urusan perekonomian seperti kisahnya Dhul Khuwaisyirah yang menuduh Rasulullah s.a.w tidak berbuat adil dalam pembahagian harta ghanimah.
  5. Semangat keagamaan.


Pemikiran-pemikiran Khawarij

Mereka berkata dengan menggunakan ta’wil dan hanya melihat zahir nasnya saja.
Ibnu Abbas, Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim berpendapat: "Mereka adalah orang-orang yang suka menta’wilkan ayat sesuai dengan hawa nafsu mereka. Dan telah nyata kesesatan mereka ketika menganggap bahawa ta’wilan merekalah yang dimaksud dalam Nas." Imam Al-asy’ari dalam maqalahnya berkata : “Mereka adalah orang-orang yang tidak mempunyai pendirian yang tetap dalam urusan ini, ada yang melihat nas secara zahir dan ada juga yang menta’wilkan nas menurut hawa nafsunya.”

Pelaku dosa besar menurut mereka adalah kufrun minal millah (keluar dari Islam)
Imam Al-asy'ari berkata dalam maqalatnya: "orang-orang khawarij bersepakat bahwa orang yang menyelisihi mereka dihalalkan darahnya, kecuali firqah pecahan ibdiyah (khawarij Ibadiyah) mereka tidak berpendapat seperti itu kecuali kepada sultan."

Sifat-sifat Khawarij

Suka mencela dan menganggap sesat.

Sifat yang paling nampak dari Khawarij adalah suka mencela terhadap para Aimatul Huda (para Imam), menganggap mereka sesat, dan menghukum atas mereka sebagai orang-orang yang sudah keluar dari keadilan dan kebenaran. Sifat ini jelas tercermin dalam pendirian Dzul Khuwaishirah terhadap Rasulullah s.a.w dengan perkataannya : "Wahai Rasulullah berlaku adillah". [Hadits Riwayat Bukhari VI/617, No. 3610, VIII/97, No. 4351, Muslim II/743-744 No. 1064, Ahmad III/4, 5, 33, 224].

Dzul Khuwaishirah telah menganggap dirinya lebih wara' daripada Rasulullah s.a.w dan menghukumi Rasulullah s.a.w sebagai orang yang curang dan tidak adil dalam pembahagian. Sifat yang demikian ini selalu dilakukan sepanjang sejarah. Hal itu mempunyai kesan yang sangat buruk dalam hukum dan amal sebagai konsekwensinya.

Berkata Ibnu Taimiyah tentang Khawarij: "Inti kesesatan mereka adalah keyakinan mereka berkenan dengan Aimmatul Huda (para imam yang mendapat petunjuk) dan jama'ah muslimin, yaitu bahwa Aimmatul Huda dan jama'ah muslimin semuanya sesat. Pendapat ini kemudian di ambil oleh orang-orang yang keluar dari sunnah, seperti Rafidhah dan yang lainnya. Mereka mengkatagorikan apa yang mereka pandang kedzaliman ke dalam kekufuran". [Al-Fatawa : XXVIII/497].

Berprasangka buruk (su'udzan).

Ini adalah sifat Khawarij lainnya yang nampak jelas pada tokoh mereka Dzul Khuwaishirah yang kononnya bijak dengan yakin membuat tuduhan bahawa Rasulullah s.a.w tidak ikhlas dengan berkata:

"Demi Allah, sesungguhnya ini adalah suatu pembahagian yang tidak adil dan tidak dikehendaki di dalamnya wajah Allah". [Hadits Riwayat Muslim II/739, No. 1062, Ahmad IV/321].

Dzul Khuwaishirah ketika melihat Rasulullah s.a.w membahagi harta kepada orang-orang kaya, bukan kepada orang-orang miskin, dia tidak menerimanya dengan prasangka yang baik atas pembahagian tersebut.

Ini adalah sesuatu yang menghairankan. Kalaulah tidak ada alasan selain pelaku pembahagian itu adalah Rasulullah s.a.w cukuplah hal itu mendorong untuk berbaik sangka. Akan tetapi Dzul Kuwaishirah enggan untuk itu, dan berburuk sangka disebabkan jiwanya yang sakit. Lalu dia berusaha menutupi alasan ini dengan keadilan. Yang demikian ini mengundang tertawanya iblis dan terjebak dalam perangkapnya.

Seharusnya seseorang itu introspeksi, meneliti secara cermat dorongan tindak tanduk dan maksud tujuan serta waspada terhadap hawa nafsunya. Hendaklah berjaga-jaga terhadap manuver-manuver iblis, kerana dia banyak menghias-hiasi perbuatan buruk dengan bungkus indah dan rapi, dan membaguskan tingkah laku yang keji dengan nama dasar-dasar kebenaran yang mengundang seseorang untuk menentukan sikap menjaga diri dan menyelamatkan diri dari tipu daya syaitan dan perangkap-perangkapnya.

Jika Dzul Khuwaishirah mempunyai sedikit saja ilmu atau sekelumit pemahaman, tentu tidak akan terjatuh dalam kubangan ini.

Berikut akan dipaparkan penjelasan dari para ulama mengenai keagungan pembahagian Nabi s.a.w dan hikmahnya yang tinggi dalam menyelesaikan perkara.

Berkata Syaikh Islam Ibnu Taimiyah:

"Pada tahun peperangan Hunain, beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam membagi ghanimah (rampasan perang) Hunain pada orang-orang yang hatinya lemah (muallafah qulubuhum) dari penduduk Najd dan bekas tawanan Quraisy seperti 'Uyainah bin Hafsh, dan beliau tidak memberi kepada para Muhajirin dan Anshar sedikitpun.

Maksud Beliau memberikan kepada mereka adalah untuk mengikat hati mereka dengan Islam, kerana keterkaitan hati mereka dengannya merupakan maslahat umum bagi kaum muslimin, sedangkan yang tidak beliau beri adalah kerana mereka lebih baik di mata Rasulullah dan mereka adalah wali-wali Allah yang bertaqwa dan seutama-utamanya hamba Allah yang shalih setelah para Nabi dan Rasul-rasul.

Jika pemberian itu tidak dipertimbangkan untuk maslahat umum, maka Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak akan memberi pada aghniya', para pemimpin yang dita'ati dalam perundangan dan akan memberikannya kepada Muhajirin dan Anshar yang lebih memerlukan dan lebih utama.

Oleh sebab inilah orang-orang Khawarij mencela Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan dikatakan kepada beliau oleh pelopornya : " Wahai Muhammad, berbuat adillah. Sesungguhnya engkau tidak berlaku adil ". dan perkataannya:" Sesungguhnya pembahagian ini tidak dimaksudkan untuk wajah Allah ... ..". Mereka, meskipun banyak shaum (berpuasa), shalat, dan bacaan Al-Qur'annya, tetapi keluar dari As-Sunnah dan Al-Jama'ah.

Memang mereka dikenali sebagai kaum yang suka beribadah, wara' dan zuhud, akan tetapi tanpa disertai ilmu, sehingga mereka memutuskan bahawa pemberian itu semestinya tidak diberikan kecuali kepada orang-orang yang berhajat, bukan kepada para pemimpin yang dita'ati dan orang-orang kaya itu, jika di dorong untuk mencari keredhaan selain Allah -menurut persangkaan mereka-.

Inilah kebodohan mereka, kerana sesungguhnya pemberian itu menurut kadar maslahah agama Allah. Jika pemberian itu akan semakin mengundang keta'atan kepada Allah dan semakin bermanfaat bagi agama-Nya, maka pemberian itu jauh lebih utama. Pemberian kepada orang-orang yang memerlukan untuk menegakkan agama, menghinakan musuh-musuhnya, memenangkan dan meninggikannya lebih agung daripada pemberian yang tidak demikian itu, walaupun yang kedua lebih memerlukan". [Lihat Majmu' Fatawa : XXVIII/579-581, dengan sedikit diringkas].

Untuk itu hendaklah seseorang menggunakan bashirah, lebih memahami fiqh dakwah dan maksud-maksud syar'i, sehingga tidak akan berada dalam kerancuan dan kebingungan yang mengakibatkan akan terhempas, hilang dan berburuk sangka serta mudah mencela disertai dengan menegakkan kewajiban-kewajiban yang terpuji dan mulia.

Berlebih-lebihan dalam ibadah.

Rasulullah s.a.wbersabda:

“Akan muncul suatu kaum dari umatku yang membaca al-Qur’an, bacaan kalian tidak sebanding dengan bacaan mereka sedikitpun, tidak pula shalat kalian sebanding dengan shalat mereka sedikit pun. Dan tidak pula shaum (puasa) kalian sebanding dengan shaum (puasa) mereka sedikit pun.” (HR. Muslim)

Berlebihan dalam ibadah berupa puasa, shalat, dzikir, dan tilawah Al-Qur'an merupakan perkara yang masyhur di kalangan orang-orang Khawarij.

Dalam Fathu Al-Bari, XII/283 disebutkan: "Mereka (Khawarij) dikenal sebagai qura' (ahli membaca Al-Qur'an), kerana besarnya kesungguhan mereka dalam tilawah dan ibadah, akan tetapi mereka suka menta'wil Al-Qur'an dengan ta'wil yang menyimpang dari maksud yang sebenarnya. Mereka lebih mengutamakan pendapatnya, berlebih-lebihan dalam zuhud dan khusyu' dan lain sebagainya".

Imam Nawawi berkata : “Yang dimaksud mereka tidak mendapatkan bahagian kecuali hanya dalam lisannya saja dan tidak sampai tenggorokan apalagi sampai ke hatinya adalah kerana yang dituntut dalam membaca al-Qur’an adalah memikirkan dan mentadaburinya sampai meresap ke dalam hati.”

Ibnu Abbas juga telah mengisyaratkan pelampauan batas mereka ini ketika pergi untuk mendebat pendapat mereka. Beliau berkata : "Aku belum pernah menemui suatu kaum yang bersungguh-sungguh, dahi mereka luka kerana seringnya sujud, tangan mereka seperti lutut unta, dan mereka mempunyai gamis yang murah, tersingsing, dan berminyak. Wajah mereka menunjukan kurang tidur kerana banyak berjaga di malam hari". [Lihat Tablis Iblis, halaman 91]. Pernyataan ini menunjukkan akan ketamakan mereka dalam berdzikir dengan usaha yang keras.

Meskipun kaum Khawarij rajin dalam beribadah, tetapi ibadah ini tidak bermanfa'at bagi mereka, dan mereka pun tidak dapat mengambil manfaat darinya. Mereka seolah-olah bagaikan jasad tanpa ruh, pohon tanpa buah, mengingat akhlak mereka yang tidak terdidik dengan ibadahnya dan jiwa mereka tidak bersih kerananya serta hatinya tidak melembut. Padahal disyari'atkan ibadah adalah untuk itu. Berfirman Allah yang Maha Tinggi maksudnya:

"Dan tegakkanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar ... ... ". [Al-Ankabut : 45]

"Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa". [Al-Baqarah : 183]

Tidaklah orang-orang bodoh tersebut mendapatkan bahagian dari qiyamu al-lail-nya kecuali hanya jaga saja, tidak dari puasanya kecuali lapar saja, dan tidak pula dari tilawah-nya kecuali parau suaranya.

Keadaan Khawarij ini membimbing kita pada suatu manfaat seperti yang dikatakan Ibnu Hajar tentangnya: "Tidak cukuplah dalam ta'dil (menganggap adil) dari keadaan lahiriahnya, walau sampai yang dipersaksikan akan keadilannya itu pada puncak ibadah, miskin, wara', hingga diketahui keadaan batinnya". [Lihat Fathu Al-Bari XII/302].

Keras terhadap kaum muslimin dan menghalalkan darah mereka.

Sesungguhnya kaum Khawarij dikenal bengis dan kasar, mereka sangat keras dan bengis terhadap muslimin, bahkan kekasaran mereka telah sampai pada darjat sangat tercela, iaitu menghalalkan darah dan harta kaum muslimin serta kehormatannya, mereka juga membunuh dan menyebarkan ketakutan di tengah-tengah kaum muslimin. Adapun para musuh Islam murni dari kalangan penyembah berhala dan lainnya, mereka mengabaikan, membiarkan serta tidak menyakitinya.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah memberitakan sifat mereka ini dalam sabdanya :

"Membunuh pemeluk Islam dan membiarkan penyembah berhala ... .". [Hadits Riwayat Bukhari, VI/376, No. 3644, Muslim II/42 No. 1064].

Sejarah telah mencatat dalam lembaran-lembaran hitamnya tentang Khawarij berkenan dengan cara mereka ini. Di antara kejadian yang mengerikan adalah kisah sebagai berikut:

Dalam perjalanannya, orang-orang Khawarij bertemu dengan Abdullah bin Khabab. Mereka bertanya: "Apakah engkau pernah mendengar dari bapamu suatu hadits yang dikatakan dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Ceritakanlah kepada kami tentangnya".

Abdullah Berkata : "Ya, aku mendengar dari bapaku, bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebutkan tentang fitnah. Yang duduk ketika itu lebih baik dari pada yang berdiri, yang berdiri lebih baik dari pada yang berjalan, dan yang berjalan lebih baik dari yang berlari. Jika engkau menemukannya, hendaklah engkau menjadi hamba Allah yang terbunuh".

Mereka berkata:"Engkau mendengar hadits ini dari bapamu dan memberitakannya dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam?".

Beliau menjawab: "Ya". Setelah mendengar jawapan tersebut, mereka mengajaknya ke hulu sungai, lalu memenggal lehernya, maka mengalirlah darahnya seolah-olah seperti tali terompah. Lalu mereka membelah perut budak wanitanya dan mengeluarkan isi perutnya, padahal ketika itu sedang hamil.

Kemudian mereka datang ke sebuah pohon kurma yang lebat buahnya di Nahrawan. Tiba-tiba jatuhlah buah kurma itu dan diambil salah seorang di antara mereka lalu ia masukkan ke dalam mulutnya. Berkatalah salah seorang di antara mereka. "Engkau mengambil tanpa dasar hukum, dan tanpa harga (tidak membelinya dengan sah)". Akhirnya dia pun meludahkannya kembali dari mulutnya. Salah seorang yang lain mencabut pedangnya lalu mengayun-ayunkannya. Kemudian mereka melewati babi milik Ahlu Dzimmah, lalu ia penggal lehernya kemudian di seret moncongnya. Mereka berkata, "Ini adalah kerosakan di muka bumi". Setelah mereka bertemu dengan pemilik babi itu maka mereka ganti harganya". [Lihat Tablis Iblis, hal. 93-94].

Inilah sikap kaum Khawarij terhadap kaum muslimin dan orang-orang kafir. Keras, bengis, kasar terhadap kaum muslimin, tetapi lemah lembut dan membiarkan orang-orang kafir.

Jadi mereka tidak dapat mengambil manfa'at dari banyaknya tilawah dan dzikir mereka, mengingat mereka tidak mengambil petunjuk dengan petunjuk-Nya dan tidak menuruti jalan-jalan-Nya. Padahal sang Pembuat Syari'at telah menerangkan bahawa syari'atnya itu mudah dan lembut. Dan sesungguhnya yang diperintahkan supaya bersikap keras terhadap orang kafir dan lemah lembut terhadap orang beriman. Tetapi orang-orang Khawarij itu membaliknya. [Lihat Fathul Bari, XII/301].

Sedikit pengetahuan mereka tentang fiqh (fekah).

Sesungguhnya kesalahan Khawarij yang sangat besar adalah kelemahan mereka dalam penguasaan fiqh terhadap Kitab Allah dan Sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Yang kami maksudkan adalah buruknya pemahaman mereka, sedikitnya tadabbur dan merasa terikat dengan golongan mereka, serta tidak menempatkan nash-nash dalam tempat yang benar.

Dalam masalah ini Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah menerangkan kepada kita dalam sabdanya.

"Mereka membaca Al-Qur'an, tidak melebihi kerongkongannya".

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah mempersaksikan akan banyaknya bacaan/tilawah mereka terhadap Al-Qur'an, tetapi bersamaan dengan itu mereka di cela. Kenapa? Kerana mereka tidak dapat mengambil manfaat darinya disebabkan kerosakan pemahaman mereka yang tumpul dan penggambaran yang salah yang menimpa mereka. Oleh kerananya mereka tidak dapat membaguskan persaksiannya terhadap wahyu yang cemerlang dan terjatuh dalam kenistaan yang abadi.

Berkata Al-Hafidzh Ibnu Hajar: "Berkata Imam Nawawi, bahwa yang dimaksud yaitu mereka tidak ada bagian kecuali hanya melewati lidah mereka, tidak sampai pada kerongkongan mereka, apalagi ke hati mereka. Padahal yang diminta adalah dengan men-tadaburi-nya supaya sampai ke hatinya". [Lihat Fathul Baari, XII/293].

Kerosakan pemahaman yang buruk dan dangkalnya pemahaman fiqh mereka mempunyai bahaya yang besar. Kerosakan itu telah banyak membingungkan umat Islam dan menimbulkan luka yang berbahaya. Dimana mendorong pelakunya pada pengkafiran orang-orang shalih. menganggap mereka sesat serta mudah mencela tanpa alasan yang benar. Akhirnya timbullah dari yang demikian itu perpecahan, permusuhan dan peperangan.

Oleh kerana itu Imam Bukhari berkata: "Adalah Ibnu Umar menganggap mereka sebagai Syiraaru Khaliqah (seburuk-buruk mahluk Allah)". Dan dikatakan bahwa mereka mendapati ayat-ayat yang diturunkan tentang orang-orang kafir, lalu mereka kenakan untuk orang-orang beriman". [Lihat Fathul Baari, XII/282].

Ketika Sa'id bin Jubair mendengar pendapat Ibnu Umar itu, dia sangat gembira dengannya dan berkata:
"Sebahagian pendapat Haruriyyah yang diikuti orang-orang yang menyerupakan Allah dengan mahluq (Musyabbihah) adalah firman Allah Yang Maha Tinggi. Maksudnya:

"Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir". [Al-Maaidah : 44].

Dan mereka baca bersama ayat di atas:

"Kemudian orang-orang yang kafir terhadap Rabb-Nya mempersekutukan". [Al-An'aam : 1].

Jika melihat seorang Imam menghukumi dengan tidak benar, mereka akan berkata: "Ia telah kafir, dan barangsiapa yang kafir bererti menentang Rabb-Nya dan telah mempersekutukan-Nya, dengan demikian dia telah musyrik". Oleh karena itu mereka melawan dan memeranginya. Tidaklah hal ini terjadi, melainkan kerana mereka menta'wil (dengan ta'wil yang keliru, -pen) ayat ini... ".

Berkata Nafi': "Sesungguhnya Ibnu Umar jika ditanya tentang Haruriyyah, beliau menjawab bahwa mereka mengkafirkan kaum muslimin, menghalalkan darah dan hartanya, menikahi wanita-wanita dalam 'iddahnya. Dan jika di datangkan wanita kepada mereka, maka salah seorang diantara mereka akan menikahinya, sekalipun wanita itu masih mempunyai suami. Aku tidak mengetahui seorangpun yang lebih berhak diperangi melainkan mereka". [Lihat Al-I'tisham, II/183-184].

Imam Thabari meriwayatkan dengan sanad yang shahih dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma bahwa ia menyebutkan tentang Khawarij dan apa yang ia dapati ketika mereka membaca Al-Qur'an dengan perkataannya:"Mereka beriman dengan yang muhkam dan binasa dalam ayat mutasyabih". [Lihat Tafsir Ath-Thabari, III/181]

Pemahaman mereka yang keliru itu mengantarkan mereka menyelisihi Ijma' Salaf dalam banyak perkara, hal itu dikeranakan oleh kebodohan mereka dan kekaguman terhadap pendapat mereka sendiri, serta tidak bertanya kepada Ahlu Dzikri dalam perkara yang mereka samar atasnya.

Sesungguhnya kerosakan pemahaman mereka yang dangkal dan sedikitnya penguasaan fiqh menjadikan mereka sesat dalam istimbat-nya, walaupun mereka banyak membaca dan berdalil dengan nas-nas Al-Qur'an dan Sunnah Nabawi, akan tetapi tidak menempatkan pada tempatnya. Benarlah sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika memberitakan tentang mereka. Maksudnya:

"Mereka membaca Al-Qur'an, mereka menyangka hal itu untuk mereka padahal atas mereka". [Hadits Riwayat Muslim].

"Mereka berkata dengan ucapan sebaik-baik makhluk dan membaca Al-Qur'an, tetapi tidak melebihi dari kerongkongan mereka". [Bukhari, VI/618 No. 3611, Muslim, II/746 No. 1066].

"Membaguskan perkataannya tetapi buruk perbuatannya ... . Mengajak kepada kitab Allah, tetapi tidaklah mereka termasuk di dalamnya sedikit pun". [Hadits Riwayat Ahmad, III/224]

Muda umurnya dan berakal buruk.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Termasuk perkara yang dipandang dapat mengeluarkan dari jalan yang lurus dan penuh petunjuk adalah umur yang masih muda (hadaatsah as-sinn) dan berakal buruk (safahah al-hil). Yang demikian itu sesuai dengan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Maksudnya:

"Akan keluar suatu kaum pada akhir zaman, umurnya masih muda, sedikit ilmunya, mereka mengatakan dari perkataan sebaik-baik manusia, iman mereka tidak melebihi kerongkongannya (tidak masuk hati), mereka terlepas dari ad-Dien seperti terlepasnya anak panah dari busurnya.” (HR. Bukhari :6930)

"Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum, umurnya masih muda, sedikit ilmunya, mereka mengatakan dari sebaik-baik manusia. Membaca Al-Qur'an tidak melebihi kerongkongannya. Terlepas dari agama seperti terlepasnya anak panah dari busurnya". [Hadits Riwayat Bukhari, VI/618, No. 3611, Muslim, II/746 No. 1066].

Berkata Al-Hafidz Ibnu Hajar: "Ahdaatsul Asnaan ertinya "mereka itu pemuda (syabaab)", dan yang dimaksud dengan sufaha-a al-ahlaam adalah "akal mereka rosak ('uquluhum radi-ah)."

Berkata Imam Nawawi;"Sesungguhnya tatsabut (kemapanan) dan bashirah (wawasan) yang kuat akan muncul ketika usianya sempurna, banyak pengalaman serta kuat akalnya". [Lihat Fathul Baari, XII/287].

Umur yang masih muda,mereka diteliti dengan akal yang rosak serta akan menimbulkan perbuatan yang asing dan tingkah laku yang aneh, antara lain :
Mendahulukan pendapat mereka sendiri daripada pendapat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabatnya yang mulia Radhiyallahu 'alaihim. (as-Sunnah Nabawiah dan sunnah tabi'in dan tabi'ut tabi'in)

Meyakini bahawa diri merekalah yang benar, sedangkan para imam yang telah mendapat petunjuk itu salah.

Mengkafirkan sebahagian atas sebagian yang lain hanya kerana perbezaan yang kecil saja. Kekhilafan pd cabang (furu' ) sahaja tetapi diperbesarkan.

Ibnul Jauzi menggambarkan kepandiran dan kerosakan mereka dengan perkataannya: "Mereka menghalalkan darah anak-anak, tetapi tidak menghalalkan makan buah tanpa dibeli. Berpayah-payah untuk beribadah dengan tidak tidur pada malam hari (untuk shalat lail) serta mengeluh ketika hendak di potong lidahnya karena khawatir tidak dapat berdzikir kepada Allah, tetapi mereka membunuh Imam Ali Radhiyallahu 'anhu dan menghunus pedang kepada kaum muslimin (sebagaimana keluhan Ibnu Maljam -pen). Untuk itu tidak mengherankan bila mereka puas terhadap ilmu yang telah dimiliki dan merasa yakin bahawa mereka lebih pandai/alim daripada Ali Radhiyallahu 'anhu. Hingga Dzul Khuwaishirah berkata kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam "Berbuat adillah, sesungguhnya engkau tidak adil". Tidak sepatutnya Iblis dicontoh dalam perbuatan keji seperti ini. Kami berlindung kepada Allah dari segala kehinaan". [Lihat Tablis Iblis, hal. 95].

Kafirkah khawarij?

Ada beberapa pendapat dalam menerangkan orang-orang khawarij diantaranya :

Sebahagian ulama menghukumi mereka kafir.

Syeikh Taqiyudin as-Syubki berkata : "orang yang mengkafirkan khawarij dan rafihdah berhujjah dengan sikap mereka yang mengkafirkan para sahabat sehingga menyelisihi kesaksian Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam bahawa mereka adalah ahlul jannah."

Sebagian yang lain menghukuminya fasiq, ahlul bid’ah dan ahlul bagyi (pemberontak).

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata : "Mereka adalah orang-orang yang memerangi Amirul mukminin dan para sahabatnya. Salaful ummah dan para imam sepakat dalam memerangi mereka kerana perintah Nabi Muhammad untuk menghilangkan keburukan dari kaum muslimin, akan tetapi para sahabat tidak mengkafirkan mereka bahkan Ali bin Abi Thalib mengharamkan harta dan keturunan mereka serta tidak menghukumi mereka sebagai orang murtad seperti Musailamah beserta para pengikutnya." (minhajussunnah v/241)

Sa’ad bin Abi Waqqas menggolongkan mereka ke dalam firman Allah surah al-Baqarah 26-27. Beliau menghukuminya sebagai orang fasik dan tidak mengkafirkan mereka. Kesesatan mereka itu tidak lebih disebabkan kerana mereka merubah al-Qur’an dari tempatnya. Dan menta’wilkan dengan makna yang tidak dikehendaki Allah.

Ada juga yang berkata: "Mengkafirkan seseorang bukan persoalan remeh, harus betul-betul ada bukti yang nyata dan setelah ditegakkannya hujjah, oleh kerana itu para ulama menganggap khawarij fasiq, disebabkan mereka masih menjalankan ajaran ad-dien, walaupun mereka mengkafirkan orang-orang muslim itu kerana mereka berhujjah dengan al-Qur’an dengan ta’wilan yang tidak benar. Para salaf pun dulu berinteraksi dengan mereka seperti berinteraksi dengan orang-orang muslim, dan tidak memperlakukannya seperti orang kafir."

Akan tetapi bukan bererti mereka (ulama) tidak mengkafirkan sebahagian suku khawarij yang layak untuk dikafirkan seperti:

Bada’iyah : berpendapat shalat itu hanya satu raka’at di pagi hari dan satu raka’at di petang hari.
Maimuniyyah : memperbolehkan menikahi mahram dan mengingkari surah Yusuf termasuk salah satu surah dalam al-Qur’an. Kerana menurut mereka surah Yusuf mengisahkan tentang cinta dan asmara. Padahal al-Qur’an itu semuanya serius tak ada persoalan seperti itu.
Yazidiyah : berkeyakinan bahawa Allah akan mengutus Rasul dari kalangan ‘Ajam (bukan Arab) yang akan menghapus syari’at Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah menerangkan bahawa mereka mempunyai dua sifat yang masyhur di kalangan mereka iaitu :

  1. Keluarnya mereka dari As-Sunnah.
  2. Mereka mengkafirkan orang-orang yang berbuat maksiat yang menghantarkan mereka kepada penghalalan darah orang-orang muslim dan harta mereka serta menjadikan Negara yang merekaduduki sebagai daarul kufri (Negara yang boleh diperangi).

No comments:

Post a Comment