Monday, December 24, 2012

Perbezaan Antara Mukjizat dan Sihir

جامعة الأزهر
المادة: تفسير ايات أحكام
س 1. (ب) وضح الفرق بين معجزات الأنبياء عليهم السلام والسحر. (2012)



Mukjizat

Sihir
Kepada siapa diberikan
Mukjizat hanya diberikan kepada para nabi dan rasul Allah swt.
Boleh diperolehi oleh sesiapa sahaja yang mempelajarinya.
Cara memperoleh
Datang beserta pangkat kerasulan
Dipelajari. Selalunya syaitan akan menetapkan syarat-syarat yang aneh dan kotor bagi sesiapa yang ingin mempelajarinya, samada kotor secara batin (seperti syirik, iaitu meminta dirinya disembah) ataupun kotor secara fizikal (seperti dikehendaki menyeret mushaf Al-Quran ke dalam tandas, menulis ayat Kursi dengan darah haid, menyimpan najis yang terjatuh dan sebagainya)
Tujuan memperoleh
Bagi membuktikan bahawa si pemegang mukjizat adalah Rasul dari Allah swt.
Selalunya dipelajari bagi menganiayai orang lain, ataupun untuk berlaku riak dengan kebolehan yang dimiliki. Tidak ada istilah sihir yang dipelajari bagi tujuan yang baik, kerana amalan sihir itu sendiri merupakan syirik kepada Allah. Malahan bagi mengekalkan atau menambah kebolehan yang ada, syarat-syarat atau amalan yang diminta syaitan pasti akan bertentangan dengan syariat, seperti tidak boleh kena air atau tidak boleh mandi.
Hukum ketika orang menyaksikannya
Diberikan Allah swt kepada para rasul bagi membuktikan kebenaran para rasul, maka sememangnya mukjizat itu bertujuan untuk diperlihatkan kepada orang ramai.
Haram hukumnya melawat bomoh, meminta pertolongannya apalagi percaya dengan kebolehannya. Begitu juga dengan mereka yang mendakwa mempunyai karamah, lalu menunjuk-nunjukkannya di hadapan orang ramai, maka semestinya itu bukanlah karamah bahkan sihir.
Adakah boleh diatasi?
Sama sekali tidak boleh diatasi oleh sesiapapun di dunia, dan itu merupakan cirri utama mukjizat.
Sihir yang dipandang ‘hebat’ secara pasti boleh dan akan di atasi oleh sihir orang lain yang lebih hebat lagi. Ini kerana sihir itu dipelajari, maka sesiapa yang belajar dengan lebih tinggi dan mematuhi syarat-syarat syaitan yang lebih dahsyat, maka dia akan memperoleh sihir yang lebih tinggi.
Kekal atau tidak
Ada mukjizat yang kekal hingga ke akhir zaman, seperti mukjizat Nabi Muhammad saw yang terbesar, iaitu Al-Quran. Adapun mukjizat yang lain tidak kekal, namun tetap darjat kehebatannya tidak dapat dan tidak akan diatasi hingga ke hari Kiamat, seperti mukjizat Nabi Musa membelah lautan, Nabi Isa menghidupkan orang mati dan sebagainya.
Boleh diatasi dan dibayangi oleh sihir orang-orang yang lain.

No comments:

Post a Comment