Saturday, May 4, 2013

WUDHUK

DOWNLOAD PDF: WUDHUK

الفِقْهُ الْمَنْهَجِيْ
KITAB FIKAH MAZHAB SYAFIE

Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbani

Cetakan Khas

Penerbit dan diedarkan oleh:
PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR

PUSTAKA SALAM SDN BHD

Cetakan Mei 2008

Jilid 1 dan 2
Bersuci, sembahyang, zakat , puasa, haji dan umrah


WUDHUK

وفي الصحيحين: لا يقبل الله صلاة أحدكم إذا أحدث حتي يتوضأ
Daripada sahih Al-Bukhari dan Muslim: Allah tidak terima sembahyang seseorang yang berhadas melainkan sehingga dia berwudhuk.

Makna wudhuk pada bahasa dan syarak
Perkataan wudhuk diambil daripada (الوَضَاءَة)

الوَضَاءَة: الحسن والنظافة والضياء من ظلمة الذنوب
Al-wadha’ah: elok, bersih dan bersih daripada kegelapan dan dosa.

الوَضُوء: اسم للماء الذي يتوضأ به، وسمي بذلك لما يضفي علي الأعضاء من وضاءة بغسلها وتنظيفها
Al-wadhuk: air yang digunakan untuk berwudhuk. Ia dinamakan demikian kerana ia mengelok dan menyerikan anggota-anggota dengan membasuh dengan membersihkannya.

الوُضُوء: وهو استعمال الماء في أعطاء مخصوصة
Al-wudhuk: Iaitu menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.

Dari segi syarak, wudhuk bermakna:
استعمال الماء الطهور في الأعضاء الأربعة، وهي الوجه واليدين والرأس والرجلان
Perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota yang empat; muka, kedua belah tangan, kepala dan kedua belah kaki.

Fardhu wudhuk (فروض الوضوء)
Fardhu wudhuk ada enam iaitu:
1. Niat (النية)
2. Membasuh muka (غسل الوجه)
3. Membasuh kedua belah tangan sehingga siku (غسل اليدين مع المرفقين)
4. Membasuh sebahagian kepala (مسح بعض الرأس)
5. Membasuh kedua belah kaki sehingga buku lali (غسل الرجلين مع الكعبين)
6. Tertib (الترتيب)
Mengikut mazhab Maliki ditambah satu lagi menjadi tujuh iaitu: Menyapu/menggosok/meratakan (التدليك)

Dalil Wudhuk dan Rukunnya
Asal pada pensyariatan wudhuk dan rukun-rukunnya, firman Allah Taala:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, maka basuhlah muka dan tanganmu hingga ke siku dan sapulah kepalamu dan (basuhlah) kakimu hingga kedua buku lali. (Al-Maidah: 6)

Wudhuk adalah syarat sah sembahyang, bahkan ia daripada syarat yang sangat besar, seperti sabda Rasulullah saw:

Allah tidak terima sembahyang seseorang yang berhadas melainkan sehingga dia berwudhuk.

1. Niat (النية)
2. Membasuh muka (غسل الوجه)
3. Membasuh kedua belah tangan sehingga siku (غسل اليدين مع المرفقين)
4. Membasuh sebahagian kepala (مسح بعض الرأس)
5. Membasuh kedua belah kaki sehingga buku lali (غسل الرجلين مع الكعبين)
6. Tertib (الترتيب)

DOWNLOAD PDF: WUDHUK

No comments:

Post a Comment