Saturday, May 4, 2013

PUASA; TAKRIF, PENSYARIATAN DAN RAHSIA



الفِقْهُ الْمَنْهَجِيْ
KITAB FIKAH MAZHAB SYAFIE

Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbani

Cetakan Khas

Penerbit dan diedarkan oleh:
PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR

PUSTAKA SALAM SDN BHD

Cetakan Mei 2008

Jilid 1 dan 2
Bersuci, sembahyang, zakat , puasa, haji dan umrah


PUASA; TAKRIF, PENSYARIATAN DAN RAHSIA

Takrif
Puasa dari sudut bahasa bererti: menahan daripada sesuatu sama ada kata-kata ataupun makanan. Dalilnya ialah firman Allah Taala menceritakan tentang Maryam.
Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-Rahman. (Maryam: 26)
Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-Rahman. (Maryam: 26)

Puasa disini bermaksud menahan diri dan berdiam diri daripada berkata-kata.
Puasa dari sudut syarak bererti: menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Sejarah pensyariatan puasa
Puasa Ramadan difardhukan pada bulan Sya’ban tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, puasa telah diketahui oleh umat-umat sebelumnya dan juga Ahli Kitab yang hidup sezaman dengan Nabi saw. Firman Allah Taala:
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah: 183)
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah: 183)

Walaubagaimanapun kewajiban puasa Ramadhan tidak pernah disyariatkan sebelum itu. Persamaan yang wujud di antara umat ini dengan umat-umat terdahulu ialah puasa disyariatkan. Tetapi kefardhuan puasa Ramadhan dikhususkan hanya kepada umat Nabi Muhammad saw.

Dalil disyariatkan puasa Ramadhan
Dalil difardhukan puasa pada bulan Ramadhan ialah firman Allah Taala:
(Masa yang diwajibkan berpuasa ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk serta menjadi pembeza (antara yang benar dengan yang salah). (Oleh itu), sesiapa diantara kamu yang menyaksi anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu. (Al-Baqarah: 185)
(Masa yang diwajibkan berpuasa ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk serta menjadi pembeza (antara yang benar dengan yang salah). (Oleh itu), sesiapa diantara kamu yang menyaksi anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu. (Al-Baqarah: 185)

Sabda Nabi saw:
Islam dibina atas lima perkara: mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitu juga sabda Nabi saw kepada A’rabi (arab badawi) yang telah bertanya kepada baginda:
Beritahulah kepada aku puasa yang telah difardhukan oleh Allah ke atas aku? Jawab baginda: puasa bulan Ramadhan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hukum meninggalkan puasa Ramadhan tanpa keuzuran
Disebabkan puasa Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam dan termasuk kefardhuan yang diketahui daripada agama secara daruri (mudah), maka orang yang mengingkari kefardhuannya adalah kafir dan dia hendaklah diperlakukan sebagaimana diperlakukan terhadap orang murtad. Dia hendaklah diminta bertaubat, sekiranya dia bertaubat, taubat itu diterima daripadanya. Kalau dia tidak mahu bertaubat, dia hendaklah dibunuh sebagai melaksanakan hukum hudud kesalahan murtad. Ini jika sekiranya dia bukan seorang yang baru memeluk Islam ataupun dia hidup membesar jauh daripada pembangunan (sebagaimana yang dikatakan oleh ulama) maksudnya jauh daripada tempat ulama (bijak pandai). Manakala orang yang meninggalkan puasa tanpa keuzuran dan dia tidak mengingkari kewajipannya seperti dia berkata: “saya wajib berpuasa tetapi saya tidak mahu berpuasa”, maka orang ini hukumnya fasik dan tidak kafir. Pemerintah orang-orang Islam wajib menahannya (mengurungnya) dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya puasa terlaksana padanya, walaupun sekadar pada zahirnya sahaja.

Diantara hikmah, rahsia dan faedah puasa
Diperingkat awal lagi sepatutnya seseorang muslim mengetahui bahawa puasa Ramadhan adalah ibadah yang telah difardhukan Allah Taala. Maksud ibadah ialah seseorang muslim melaksanakannya sebagai memenuhi titah perintah Allah Taala dan menunaikan hak perhambaan kepada-Nya tanpa melihat apa-apa natijah yang mungkin dihasilkan daripada ibadah puasa. Sekiranya seseorang muslim telah melakukan perkara tersebut, maka selepas itu tidak ada halangan baginya untuk mencari hikmah dan rahsia ketuhanan yang tersembunyi disebalik sesuatu ibadah seperti puasa dan sebagainya. Suatu perkara yang tidak diragukan lagi ialah hukum-hukum Allah Taala semuanya mempunyai hikmat, rahsia dan faedah untuk hamba. Tetapi tidak disyaratkan hamba itu mengetahui perkara tersebut.
Tidak diragukan juga puasa mempunyai hikmah dan faedah yang cukup banyak yang kadang-kadang sebahagiannya diketahui oleh hamba, tetapi masih banyak lagi yang tidak diketahui.
Diantara hikmat dan faedah puasa yang mungkin diketahui oleh seseorang Islam ialah:


1 comment: