Monday, May 6, 2013

Sedutan dari Kitab Usul Fiqh
Oleh: Haji Hasan Bin Haji Ahmad
Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala Lumpur

Bahagian Pertama - Pengertian Usul Fiqh

1. Mukadimah

1.1 Pengertian Usul Fiqh

Para ulama usul fiqh telah menjadi kebiasaan mereka mentakrifkan usul fiqh dengan dua pandangan;
Pertama sebelum ia dijadikan satu ilmu pengetahuan.
Kedua setelah ia dijadikan satu ilmu pengetahuan.

Pengertian usul fiqh sebelum ia dijadikan satu ilmu pengetahuan:

Perkataan usul fiqh jika dipandang sebelum dijadikannya satu ilmu pengetahuan adalah tersusun dari dua perkataan iaitu (أصول) dan (الفقه) sebagai susunan idofi (susunan yang berbentuk إضافة) yakni perkataan usul diidofatkan kepada al-fiqh.

Perkataan (أصول) adalah jamak bagi perkataan (أصل). Manakala makna perkataan usul dari segi bahasa ialah asas dan dari segi istilah diertikan kepada salah satu daripada makna-makna berikut:

  1. Dalil (دليل): seperti dikatakan usul wajib sembahyang adalah firman Allah Taala (وأقيموا الصلاة) Surah An-Nur: 56, maksudnya dalil wajib sembahyang ialah firman Allah Taala (وأقيموا الصلاة -hendaklah kamu tunaikan sembahyang). Diantara usul diertikan dalil ialah perkataan "أصول الفقه" maksudnya dalil-dalil fiqh.
  2. Kaedah (قاعدة): seperti (لا ضرر ولا ضرار) asal daripada usul-usul syariah Islam: maksudnya tiada ada kemudharatan dan memudharatkan adalah salah satu kaedah daripada kaedah-kaedah syariat Islam.
  3. Ar-Rujhan (الرجحان) (berat seperti dikatakan: asal pada perkataan adalah dikehendaki maknanya yang hakiki; maksudnya makna perkataan yang berat disisi pendengar ialah maknanya yang hakiki tidak maknanya yang majazi (مجازي).
  4. Yang diqiaskan keatasnya (مقيس عليه) seperti dikatakan "arak asal bagi tuak" maksudnya: tuak diqiaskan keatas arak.
  5. Yang di-istishab-kan (استصحاب) (yang disabitkan kekal) seperti dikatakan kepada seorang yang yakin ia bersuci kemudian ragu tentang tidak bersucinya "asal bersuci" maksudnya disabitkan kekal kesuciannya sehingga diyakini tidak bersucinya.

makna perkataan al-fiqh dari segi bahasa ialah "memahami" diantara penggunaan lafaz fiqh dari segi bahasa ialah firman Allah Taala:
Maksudnya: Mereka berkata "wahai Syuaib tidaklah banyak kami memahami daripada apa yang engkau katakan". (Surah Hud: 91)
Maksudnya: Mereka berkata "wahai Syuaib tidaklah banyak kami memahami daripada apa yang engkau katakan". (Surah Hud: 91)

Manakala antara makna fiqh dari segi istilah ialah mengetahui hukum-hukum syara yang berbentuk amali yang diambil daripada dalil-dalil yang berbentuk tafsil (تفصيل - detail)

No comments:

Post a Comment